Semalam adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Esok adalah impian….
Setiap insan inginkan kepastian
Kenangan untuk disimpan
Kenyataan untuk dihadapi
Impian untuk di angankan
Kadang-kadang kenangan hendak dilupakan
Untuk menghadapi kebenaran dan kenyataan
Supaya impian yang di angankan menjadi kepastian
Kenangan pahit jadikan panduan
Yang manis jadikan peringatan
Kenyataan yang mudah jangan dipandang remeh
Kenyataan yang sukar jangan diketepikan
Impian menggunung memakan diri
Tiada impian ibarat tiada sasaran
Tidak kira semalam, hari ini dan esok
Semuanya berkaitan
Umpama sebuah roda yang berputar
Hari ini boleh menjadi semalam
Esok mungkin tentu menjadi hari ini
Namun semalam tidak mungkin akan menjadi hari ini atau esok
Kerana lumrah alam….
Masa tidak akan dapat di ulang kembali
Untuk memberi peringatan kepada insan memperbaiki diri
Di setiap langkah perjalanan
Mengahrgai detik dan ketika
Agar tidak menjadi sesalan
Manusia memang alpa hahkikat semalam, hari ini dan esok
Kerana keangkuhan menguasai diri dan fikiran.
;12:35 AM